Khamis, 10 Disember 2009

peragut memang buduss..

hai!
da lame x update..
hehe
maklumla..
cbok wat mag..
juz nak isi sumting dr akhbar..
bacela..





JAMILAH Selamat (gambar kiri) manakala gambar kanan, suami mangsa, Razali Ahmad, 41, dan dua anak mereka, Nor Asyikin Salleh, 7, dan Mohd. Khairi Ridwan Salleh, 5.

Wanita hamil diragut mati selepas 3 hari koma meninggal selepas diragut; Mangsa jatuh motosikal akibat beg tangan direntap dua lelaki


JOHOR BAHRU: Seorang ibu yang mengandung dua bulan meninggal dunia semalam, selepas koma selama tiga hari selepas terjatuh daripada motosikal akibat diragut dua lelaki, 70 meter dari rumahnya dalam kejadian di Taman Air Hitam, Air Hitam, Ahad lalu.

Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kira-kira jam 7.30 pagi akibat kecederaan serius di kepala akibat terhentak di atas jalan.

Suami Jamilah, Razali Ahmad, 41, berkata pada hari kejadian isterinya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja sebagai jurujual di kedai kraftangan di pekan Air Hitam ke rumah di Taman Mekar.

Katanya, isterinya berhenti untuk membeli barang keperluan di sebuah kedai di Taman Air Hitam dan selepas itu menunggang motosikal jenis Honda EX 5 bersendirian sebelum diragut dua lelaki yang juga menunggang motosikal.

"Jamilah dikatakan terjatuh daripada motosikalnya dengan mukanya terhentak pada jalan. Seorang rakan abang saya yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki, terbabit melarikan diri manakala isteri sudah tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui di rumah mayat HSA.

Razali berkata, mereka mempunyai empat anak berusia antara 17 dan lima tahun hasil perkahwinan terdahulu dan Jamilah mengandung dua bulan selepas mereka berkahwin tujuh bulan lalu.

"Saya mempunyai dua anak berusia 17 tahun dan 15 tahun hasil perkahwinan dengan isteri pertama yang meninggal dunia akibat barah, manakala Jamilah mempunyai dua anak berusia tujuh tahun dan lima tahun dengan suaminya terdahulu. Kami berkahwin selepas Aidilfitri lalu," katanya yang bekerja sendiri.

Katanya, Jamilah pernah diragut pertengahan tahun lalu, di Jalan Johor-Air Hitam ketika menunggang motosikal dan turut kehilangan beg tangan yang diletakkan dalam bakul kenderaan itu.

Sehubungan itu, katanya, seorang rakan mengajar Jamilah menyimpulkan tali beg tangan pada cermin sisi bagi mengelak kehilangannya akibat diragut.

"Berdasarkan cerita rakan, motosikal Jamilah terseret beberapa meter, mungkin disebabkan sentapan kuat pada beg tangannya yang disimpulkan pada cermin sisi... ini menyebabkan Jamilah gagal mengawal kenderaannya sebelum terjatuh," katanya.

Razali berkata, arwah isterinya dibawa ke HSA daripada Hospital Batu Pahat pada awal pagi Isnin lalu, bagi menerima rawatan rapi tetapi gagal diselamatkan akibat kecederaan parah pada bahagian kepala serta muka.

Katanya, jenazah isterinya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hiitam, petang semalam juga.


bitterlemon : tengok iklan jamilah selamat..sedih sangat..pada si peragut..anak2 die dah doa tu..x slamat la ko..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan