Rabu, 16 Disember 2009

‘Untukmu Malaysia!’


DUA jaringan Baddrol Bakthiar membawa Malaysia ke pentas final bola sepak Sukan Sea edisi ke-25 apabila mematikan terus rentak Laos serta melenyapkan sorakan gamat kira-kira 20,000 penyokongnya untuk memercikkan kemenangan 3-1 di Stadium Utama Kompleks Sukan Nasional, malam tadi.

Biarpun gol ketiga menyusul menerusi Safiq Rahim minit ke-85, jaringan pertama pemain kelahiran Sungai Petani itu pada minit ke-13 dilihat cukup cantik.

Dengan satu gerakan akrobatik, Baddrol yang menerima lambungan Manaf Mamat melakukan lipatan gunting yang terus menerjah jaring, gagal diselamatkan penjaga gol Laos, Souvan- pheng Phanthavong.

Gol kedua m-79 hadir pada waktu paling tepat ketika barisan negara agak tertekan selepas Kanlaya Sysomvang melakukan penyamaan yang meniup semangat mereka dengan asakan bertali arus.










“Gol ini khas untuk seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan perlawanan ini secara langsung. Tanpa doa mereka di tanah air, kejayaan ini tidak mungkin mudah diperoleh,” katanya.




Menceritakan perasaannya sebaik memasuki stadium, Baddrol mengakui dia serta rakan sepasukan tidak terasa apa-apa kejutan.

“Malah saya sendiri tidak tertekan. Perlawanan malam ini (semalam) tidak sehebat pengalaman saya ketika bertemu Manchester United dulu. Malah kemenangan ke atas Thailand juga banyak mengembalikan keyakinan.

“Saya pasti rakan lain juga menganggap Laos bukan ancaman. Kami tahu keupayaan mereka dan kejayaan mereka mara ke separuh akhir banyak dibantu semangat dan bukan kepakaran.

“Bagi membunuh mereka, kami diarahkan jurulatih supaya menjaringkan gol awal dan kami berjaya melakukannya,” katanya.


bitter - bagus la ade siaran langsung..mesti tgok esok!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan